
Sepanjang tiga tahun berada di sini, saya dapat menjalani kehidupan gereja yang normal disebabkan di sini mempunyai pembekalan sabda Tuhan dengan kaya. Puji Tuhan! walaupun saya datang jauh dari Kapit tetapi adanya rahmat Tuhan saya masih kekal dalam kehidupan gereja. Saya amat menikmati kehidupan gereja di Kota Samarahan terutamanya pekudus dari kumpulan BM menjaga saya dengan baik. Saya dapat berbaur dengan mereka dalam perhimpunan hari Tuan, perhimpunan kumpulan kecil dan perhimpunan membaca Bible. Saya juga selalu digembala dan dikhasiati oleh mereka sebab mereka selalu mengunakan sabda Tuhan untuk mendorong saya. Disebabkan ini, saya dapat kekal menjalani kehidupan gereja yang normal pada masa universiti. Mereka juga menjadi teladan kepada saya apabila mereka membuka rumah untuk perhimpunan walaupun mereka sibuk. Mereka membuka rumah untuk melindungi kesaksian Tuhan di sini. Pelajar kampus juga dapat datang berhimpun bersama untuk menikmati sabda Tuhan. Rakan-rakan injil bumiputera memmpunyai peluang untuk mengenali sabda Tuhan. Disebabkan kurnia Tuhan, saya rela mempersembahkan diri kepada Tuhan agar Tuhan dapat bekerja dalam saya dan saya juga mempersembahkan kehidupan selepas graduasi supaya saya masih kekal dalam kehidupan gereja dan menjadi anggota yang berfungsi.
Skrip disediakan oleh: dikkak fescca